Thursday, December 25, 2008
Rajin Kerja Tetapi Tidak Smart
2. Ramai orang berniaga tetapi rugi. Nabi kata sembilan per sepuluh rezeki adalah berniaga. Ramai tidak tahu berniaga. Berniaga buah. Beli buah dan buang kerana tidak laku. Buka restoren tidak habis dijual sedekah. Semua itu jadi rugi. Sebab apa terjadi demikian kerana tidak tahu berniaga. Cara mudah ambil komesyen. Kalau tidak laku bukan kita yang rugi. Itulah berniaga.
3. Pelajar bersengkang mata belajar tapi ambil ujian gagal. Baca buku rajin tapi jadi bodoh. Mustahil. Kalau rajin belajar tentu pandai. Rajin jawab soalan tahun-tahun lalu tentu mudah lulus dalam peperiksaan.
4. Bekerja untuk dunia bersungguh-sungguh tapi untuk akhirat sedikit sangat. Bila pergi ke negeri akhirat sudahlah tak ada apa yang di bawa. Itu tak smart. Buatlah amalan untuk ahirat banyak-banyak.Tak rugi kalau solat sunat banyak-banyak.
Friday, December 12, 2008
Pendidikan Anak-Anak Bermula Dari Kecil
Ada banyak cara mendenda kanak-kanak. Biasanya Luku, tarik telinga, ketanpi, tolak bumi, rotan, cubit dan getu. Jangan tempeleng, karate, penyiku, tendang, tendang terbang dan pukulan maut. Hukuman yang diberikan adalah tanda sayang. Bukan pukulan mencederakan atau maut.
Pendidikan cara Islam ialah melatih membaca al Quran. Latih menghormati ibu bapa. Latih menepati masa. Latih berjimat cermat. Latih berkerja berdasarkan target. Jangan ajar menipu. Jangan ajar lari dari tugas. Jangan ajar curi tulang. Jangan ajar kedekut. Jangan ajar mencarut. Jangan ajar membuang masa. Jangan ajar tengok wayang. Jangan ajar mains sms. Jangan ajar maint game. Jangan ajar main-main.
Perkara yang maksiat dan lagho tidak perlu ajar kerana syaitan sudah ajar. Nafsu sudah cukup menjadi cikgu mengajarnya. Emosi sudah cukup jadi rujukan. Kawan-kawan yang tidak inginkan agama lebih ramai. Mereka adalah guru yang setia dan banyak masa untuk mengajar.
Perkara yang menjadi pahala dan kebajikan amat susah. Perlu dididik. Malaikat hanya membantu jika ingin berbuat baik. Malaikat tidak pernah bersumpah untuk membawa manusia kepada jalan kebaikan. Tetapi syaitan telah bersumpah untuk membawa manusia kepada jalan kesesatan. Oleh itu jalan kepada kejahatan tentulah lebih banyak daripada jalan kebaikan.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. supaya kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dan mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat. Di samping itu sebagai seorang ayah itu ibu, berilah perhatian yang lebih kepada anak-anak kita. Bukan anak orang lain. Tetapi anak kita. Jangan sangkakan anak sendiri lebih baik. Kadang-kadang alim kucing. Pasanglah mata-mata gelap mengintai perangai anak-anak kita di luar rumah.
Thursday, December 11, 2008
Anak Manja Kini
Kini jika ibu bapa merotan anak-anak orang lain akan persoalkan. Jika anak itu liar maka ibu bapa juga yang salah. Berapa banyak rotan yang digantung telah dicuri oleh anak. Ada ibu bapa yang gunakan penyangkut baju untuk merotan anak-anak. Anak sudah berani mencuri dan memusnakah rotan. Bagi mereka rotan itu adalah penderaan. Biadap kepada ibu bapa sudah menjadi kebiasaan.
Selagi manusia tidak kembali kepada Islam maka selagi itulah mereka menghadapi masalah membesarkan anak-anak. Maksudnya anak-anak mesti dirotan secara pengajaran bukan penderaan. Rotan sayang lain dengan rotan penderaan. Merotan bahagian yang tidak membahayakan. Elakkan di bahagian bahaya.
Friday, December 5, 2008
Asal Usul Susah Dan Gelisah
1. Manusia jadi susah kerana masalah sekitar. Masalah orang. Masalah haiwan. Masalah Tumbuham. Masalah Udara. Masalah Bising. Masalah Jiran. Masalah Panas. Masalah Sejuk. Berbagai-bagai masalah.
2. Apabila manusia merasai perkara sekitarnya menjadi masalah pada dirinya maka bererti manusia itu telah berpenyakit iaitu penyakit terpengaruh. Orang yang terpengaruh dengan masalah sekitar mereka ini tidak akan dapat hidup dengan aman damai.
3. Untuk mengatasi masalah ini hendaklah diam sahaja. Jangan persoalkan perkara yang berada di sekeliling. Anggaplah perkara itu tidak wujud. Jika perkara sekitar itu menjadi pening dan pusing maka jadilah masalah.
4. Ramai manusia mengeluh tentang masalah orang lain. Kita jarang dengan manusia mengumpat diri sendiri. Biasanya mereka mengumpat orang lain. Tida ada manusia suka cari salah silap diri sendiri, tetapi suka mencari kesalah orang lain. Mengapa ini terjadi? Kerana manusia suka menjadikan persekitarannya sebagai masalah.
5. Islam mengajak umatnya supaya muhasabah diri. Perhatikan diri sendiri yang mana salah silap diperbetulkan. Islam melarang mencaria cacat cela orang lain. Semakin melihat cacat cela orang lain, maka selagi itulah tidak dapat melihat cacat cela diri sendiri.
6. Lihatlah kecacatang dan huduhnya diri sendiri dari segi cuai, malas, tamak, rakus, perungus, dengki, khianat, kedekut, ego, ikut nafsu, angan-angan, gopoh, tidak berdisiplin, batu api dan sebagainya. Perbaiki diri sendiri. Jangan lihat apa yang orang lain lakukan.
7. Jika kita merasai tidak selesa dengan perangai orang lain terhadap diri kita cuba fikir secara positif. Jika tidak dapat berfikiran positif maka maafkanlah. Mungkin jika kita berada di tampat itu, munkin kita berperangai demikian.
Monday, December 1, 2008
Meniup Lampu Samapi Padam
1. Aktiviti memadam lampu tanpa menekan suis off tetapi hanya meniup dengan mulut. Ini cerita penderaan masa masuk sekoleh asrama dulu.
2. Pelajar baru disuruh supaya memadamkan lampu bilik dengan cara meniup menggunakan nafas tanpa boleh menggunakan tangan untuk menekan suis off. Lama kelaman dihembus dengan mulut maka padamlah lampu itu. Rupa-rupanya seorang abang yang kasihan belas melihat pelajar ini tiup hampir satu jam. Maka berhasillah pelajar baru itu memadamkan lampu bilik.
3. Kemudian kamu semua disuruh padam lampu dengan meniup dengan mulut, tidak boleh guna tangan menekan butang off. Buktinya pelajar yang lalu sudah berjaya memadamkan lampu menggunakan hembusan nafas.
4. Maka tidak ada seorang pun yang berjaya memadamkannya, melainkan ada abang sinior yang ada rasa belas kasihan dan tolong tekan butang off. Maka padamlah.
5. Oleh itu hembus saja lah.... yang penting hembus... bukan lampu padam... lampu padam tu kerja orang lain...
Setiap Pekerjaan Itu Dengan Niat
1. Apabila kita menghadapi suatu keadaan maka kita akan memberi reaksi tertentu. Reaksi itu menjurus kepada apa yang kita niat. Katakan kita berada dalam satu mesyuarat melihat dua orang sedang berbincang. Oleh kerana niat kita kurang baik maka kita akan mengeluarkan pandangan yang negatif. Maka berlakulah pergaduhan. Sebaliknya jika kita berniat baik maka kita akan memberi pandangan positif dalam pertikaian mereka berdua. Hasil daripada pandangan positif itu akan menghasilkan keputusan yang baik.
2. Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menghubungkan persaudaraan. Hubungan ini berlaku jika mereka mempunyai sikap yang positif dan saling bina membina antara satu sama lain. Jika mereka ada niat untuk mengerohkan keadaan maka perpecahan akan berlaku. Teringat saya kepada peristiwa peperangan Siffin antar saidina Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah bin Abu Suffian. Kedua-dua mereka ingin melakukan yang lebih baik. Mereka tidak menuduh antara satu sama lain, tetapi mereka ingin melakukan yang lebih baik. Peperangan yang berpanjangan itu adalah disebabkan pengikut mereka yang kurang memahami ajaran Islam yang sebenar.
3. Islam mengajar manusia supaya mewujudkan perdamaian. Islam menggalakkan solat berjamaah. Islam menggalakkan bertolong-tolongan antara satu sama lain. Islam melarang perpecahan. Mereka yang berselisih pandangan tidak dibenarkan lebih dari tiga hari. Ini menandakan bahawa hubungan persaudaraan dalam kalangan umat Islam amat baik. Jika berlaku pertikaian antara umat Islam maka itu disebabkan kejahilan atau pengaruh syaitan.
4. Dengan niat yang tidak baik maka berlakulah pergadohan yang tidak ada penghujungnya. Oleh itu umat Islam hendaklah sentiasa mempunyai niat yang baik dan positif supaya tidak berlaku salah faham atau salah anggap antara umat Islam. Itulah faktor yang membentuk bangunan masyarakat Islam.
Saturday, November 29, 2008
Cara Memilih Kawan Atau Sahabat
KAWAN YANG BAIK
1. Memaafkan.
2. Sering minta maaf.
3. Menerima teguran.
4. Sering minta nasihat.
5. Berpandangan positif.
6. Tidak suka menceritakan hal orang lain.
7. Tidak pernah menceritakan kejahatan diri sendiri.
8. Cepat bertindak.
9. Cepat memberikan pertolongan.
10. Tidak suka jaga tepi kain orang.
KAWAN YANG TIDAK BAIK.
1. Sombong. Pantang melihat orang lain ada kelebihan.
2. Tidak mahu menerima tegoran. Berasa diri sendiri sudah sempurna.
3. Suka menceritakan keburukan orang lain.
4. Suka melihat sesuatu perkara dari sudut negatif.
5. Lambat bertindak.
6. Tidak suka menolong orang.
7. Cepat nampak keburukan orang lain.
8. Suka mencari berbagai alasan, untuk menglak dari melakukan pekerjaan.
9. Suka menjilat-jilat bos.
10. Gelak kuat.
Kekerapan Kita Makan Dalam Satu Hari
1. Cintakan makan menjadi masalah manusia pada zaman ini kerana dari pagi sehinggalah malam hari penuh dengan program makan dan minum.
2. Pukul 7.00 pagi sarapan makan secawan teh susu dan roti atau nasi lemak atau roti canai.
3. Pukul 10.00 pagi minum sekali lagi. Kali ini makan nasi goreng dengan kopi susu, atau mee goreng dengan teh tarik atau Kuih dengan air kopi o.
4. Jam 12.30 tengahari makan tengahari. Ini makan dahsyat punya. Nasi, lauk, ulaman, sayuran, buahan dan minuman.
5. Jam 5.00 petang minun teh susu dengan pisang goreng atau bubur kacang dengan air suam atau Laksa dengan kopi o.
6. Pukul 8.00 malam selepas isyak makan malam. Ini pun juga dahsyat dengan nasinya, lauknya, sayurnya dan minuman panas.
7. Jam 11.00 sebelum tidur pekena lagi minuman dan makanan.
8. Cuba kira berapa banyak yang kita makan dalam satu hari. Inilah puncanya berbagai-bagai penyakit.
9. Orang Afrika mati kerana tak ada makanan, tetapi kita mati kerana banyak makan.
Kehidupan Ini Adalah Proses Menuju Ilahi
2. Manusia sayang untuk mati, kalau boleh hendak hidup lama atas muka bumi ini, tetapi umur sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi.
3. Manusia sayang nyawa kerana mereka menyangka hidup hanya sekai, selepas itu manusia tidak hidup lagi. Ini satu anggapan yang salah.
4. Semua manusia akan dihidupkan kembali selepas kematian mereka. Semaunya akan dikumpulkan di padang mahsyar. Di sana mereka akan diadili sama ada untuk dimasukkan di dalam syurga atau neraka.
5. Ramai manusia tidak hiraukan tentang kematian, tetapi kematian pasti datang.
6. Kematian adalah proses yang pasti setiap orang lalui.
7. Seorang manusia akan melalui proses kelahiran, kanak-kanak, remaja, muda, tua dan akhirnya meninggal dunia. Hendak tak hendak ia pasti melalui proses ini.
8. Oleh itu sebelum melalui proses yang terakhir, kita hendaklah melakukan persediaan iaitu bersediaan bertemu dengan Allah s.w.t.
9. Mohonlah doa kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. meredhai kita sekembalinya kita ke sana iaitu alam baqa' iaitu alam yang kekal selama-lamanya.
Kenduri Kahwin Langkah Pertama Buka Restoran
2. Setiap orang yang datang akan menghulurkan wang sebagai membantu pihak tuan rumah menyediakan makanan untuk orang ramai.
3. Kalau pihak tuan rumah dapat layan tetamu dengan baik dan dapat menyediakan makanan yang sedap, maka sudah tentu dia berbakat memulakan perniagaan restoran.
4. Melayan tetamu adalah mengembirakan tetapi jika tuan rumah berasa berat hati untuk melayan tetamu, maka itu menunjukkan dia tidak berbakat dalam perniagaan ini.
Friday, November 28, 2008
Peranan AJK Masjid Mencari Pelapis
2. Anak-anak muda kurang menghadirkan diri ke masjid mungkin disebabkan kesibukan hal-hal duniawi. Tambahan pula kesedaran diri yang masih longgar.
3. Kalau ada bapa-bapa yang perihatin akan membawa kanak-kanak ke masjid. Ini kurang kerana kanak-kanak yang nakal kadang-kadang boleh mengganggu konsetrasi jamaah.
4. Kini masjid biasanya dimonopoli oleh golongan ini kerana mereka yang muda belia kurang menampakkan diri mereka terutama dalam mesyuarat agong masjid tidak kelihatan anak-anak muda. Maka pelantikan AJK masjid tidak termasuk anak-anak muda. Maknanya generasi pelapis untuk menerajui masjid amat membimbangkan.
5. Alangkah baiknya jika anak-anak muda golonga pelapis ini diberi semangat dan motivasi atau diberikan jawatan tertentu di dalam masjid. Mungkin dengan dorongan ini menjadikan mereka menjinak-jinak dengan masjid.
6. Kedua-dua pihak sama ada dari pihak golongan tua dan muda masing-masing ada halangan. Golongan muda yang lebih suka memberi peluang kepada golongan yang uzur ini. Manakala golongan tua pula merasakan mereka masih bertenanga untuk memikul tanggung jawab ini.
7. Dalam hal ini siapakah yang perlu mengambil peranan untuk memajukan masjid dengan menambahkan lagi para jamaah yang terdiri daripada golongan muda kerana merekalah yang akan memegang tampok masyarakat yang akan datang.
Mat rempit di persimpangan
2. Istilah mat rempit atau minah rempit sering digunakan untuk menggelar mereka yang menghabiskan masa waktu malam menonggang motosikal tanpa tujuan.
3. Sebenarnya ibu bapanya adalah orang yang baik, bersolat dan memang baik akhlak tetapi anak itu tidak dengar cakap orang tua-tua.
4. Hal ini terjadi adalah disebabkan kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dar rebong. Sudah terlambat. Anak membesar penuh dengan kasih sayang tanpa diberi tunjuk ajar, hingga jentik teling pun tak pernah.
7. Anak itu diberikan sebuah motosikal kerana kasihnya ayah pada anak. Sang ayah akan memberikan kepercayaan yang penuh kepada anaknya.
9. Sedikit demi sedikit anak itu terikut-ikut dengan perkembangan semasa. Kawan-kawan ajak keluar rehat. Lama kelamaan gejala yang tidak baik meresap masuk dalam diri anak itu. Gejala pergaulan bebas, dadah, ikut nafsu, seronok dan sebagainya. Untuk balik ke pangkal jalan amat sukar.
Thursday, November 27, 2008
Bernaiga Di Pasar Malam Bukan Mudah
2. Begitulah perniagaan untuk hari akhirat hendaklah dibuat dengan sungguh-sungguh tidak boleh dilakukan sambil lewa.
3. Seseorang yang ingin mendirikan solat hendaklah belajar dengan sempurna dari segi rukun dan syaratnya supaya sah solat itu. Jika tidak dilakukan dengan sempurna akan rosaklah solat itu. Apabila rosak solat itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
4. Barang dagangan kita yang telah rosak tidak akan dibeli oleh pelanggan. Jika solat kita rosak tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
5. Oleh itu berhati-hatilah dalam mengerjakan solat supaya solat itu diterima oleh Allah s.w.t. Apabila solat diterima oleh Allah s.w.t. kita tidak akan menyesal nanti di hari akhirat.
Wednesday, November 26, 2008
Carilah kurniaan Allah s.w.t.
2. Sahabat Rasulullah s.a.w bernama Abdul Rahman bin Auf ketika sampai di Madinah memulakan perniagaan dengan modal lebih kurang RM400.00, dalam masa yang singkat telah menjadi jutawan.
3. Ini menunjukkan bahawa bukanlah modal yang besar faktor utama untuk berjaya dalam perniagaan. Begitulah juga bukanlah ilmu dan pengalaman yang luas menjadi pengukur kejayaan dalam perniagaan kerana ekonomi Amerika Syarikat jatuh merudum pada hal mereka negara kaya dan berpengalaman.
4. Kejayaan dalam apa jua lapangan kehidupan bergantung kepada kurniaan Allah s.w.t. Oleh itu di samping berusaha iringilah dengan doa. Insyaallah berjaya.
Tuesday, November 25, 2008
Kuliah Maghrib
2. Orang Kristian protes pada nabi s.a.w. mereka tidak sembah ketua-ketua mereka.
3. Nabi s.a.w. jelaskan apabila ketua-ketua mereka menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, lalu menjadi ikutan umat Kristian itulah yang dimaksudkan dengan menyembah ketua-ketua mereka.
4. Di akhirat nanti di atas pucuk api neraka Iblis akan berlepas diri dari orang yang mengikutnya sama seperti ketua-ketua manusia yang menentang hukum Allah s.w.t akan berlepas diri dari pengikutnya.
5. Ketua-ketua itu berkata: "Jangan kamu semua salahkan aku. Aku berlepas diri dari kamu semua."
Di luar manis di dalam pahit.
2. Saya terfikir inilah gamaknya, ramai wanita yang telah tertipu oleh kata-kata manis. Ramai golongan terpelajar dan profesional terperangkap dengan golongan penipu yang menggunakan kata-kata manis.
3. Berhati-hatilah berbicara dengan orang yang pandai bermain kata-kata. Kita selalu cepat sangat mempercayai kata-kata manis.
4. Agama Islam mengjak kita bermuka manis dan berkata dengan kata-kata yang manis, tetapi akhlak yang baik ini telah dicemari dengan akhlak buruk.
5. Contoh lain muzik, asal muzik itu harus tetapi apabila dicampur dengan unsur kelalaian dan maksiat maka muzik telah dicemari. Dicemari dengan pergaulan bebas, arak, zina, berfoya-foya dan sebagainya.
6. Sehingga amal-amal ibadah suci yang lain apabila dicemari dengan unsur maksiat maka menjadi rosak amal itu. Tilawah al Quran suatu yang dituntut, tetapi telah dipertandingkan bacaannya. Haji suatu kewajipan tetapi telah dimonopoli oleh sesuatu syarikat haji sehingga orang yang mampu mengerjakan haji telah dihalang. Puasa suatu kewajipan tetapi dicemari dengan pesta makan. Zakat suatu kewajipan tetapi wang zakat telah diberikan kepada asnaf yang ke sembilan pada hal asnaf hanya lapan sahaja.
Mencari Kepuasan Dalam Beramal
2. Jika anda bekerja mencari untung, tentu anda berduka apabila rugi.
3. Buatlah apa-apa pun asalkan anda mencapai kepuasan.
4. Untuk mencari kepuasan, kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu secara sederhana.
5. Nabi s.a.w. bersabda, sebaik-baik pekerjaan itu sederhana.
6. Carilah bidang-bidang pekerjaan yang membawa anda kepada mencari kepuasan.
7. Jika anda bekerja tidak mendapat kepuasan, eloklah berhenti kerja itu, cari kerja lain yang boleh mencapai kepuasan.
8. Jika kita bersolat menyembah Allah s.w.t lakukan secara puas, mensyukuri nikmat yang telah diberikanNya.
9. Ramai manusia melakukan solat secara terpaksa, takutkan azab dunia dan akhirat, inginkan nikmat dunia dan akhirat, pada hal mereka menyembah Allah s.w.t.
10. Orang yang menyembah Allah s.w.t. tanpa rasa gembira, tanpa rasa puas, tanpa rasa ikhlas maka sia-sia amal ibadah itu. Ibadah itu merupakan kebendaan semata-mata. Pada hal ibadah yang diterima hanyalah IKHLAS.
11. Kalau kita berikan sedekah kepada orang miskin dengan rasa gembira tanpa mengungkit, itulah dinamakan ikhlas. Jika sedekah yang diberikan itu untuk tujuan menunjuk-nunjuk kepada manusia maka tidak akan ada rasa gembira, itulah dinamakan nifaq, hipokrit, munafik.
Sunday, November 23, 2008
Perniagaan
2. Dapatkan sedikit keuntungan dari barangan dagangan. Beli apa-apa barang keperluan dengan harga RM10.00 jual barang itu dengan harga RM12.00 dapat untung RM2.00. Itulah perniagaan.
3. Ada orang kata kalau aku ada modal RM10,000.00 aku akan berniaga. Sebenarnya perniagaan itu bukan modal wang yang banyak. Kalau modal satu juta pun akan lingkup.
4. Mulakan dengan modal RM100.00 atau sekitar RM400.00 ringgit. Beli barang dan jual barang. Lihat banyak mana dapat untung. Kalau tak untung maknanya anda tak pandai berniaga. Cari dulu pengalaman dan ilmu pengetahuan.
6. Perniagaan dalam Islam lebih kepada membantu manusia mendapatkan barangan, keuntungan perkara kecil, ini menyebabkan pelanggan akan memberi kepercayaan dan peniaga dapat menekankan kepada keuntungan volume. Semakin banyak dijual semakin banyak keuntungan.
7. Perniagaan yang tidak Islam lebih menumpukan kepada keuntungan, membantu manusia adalah perkara sampingan, itulah sebabnya implasi, peningkatan harga barang, spekulasi, riba, penindasan dan sebagainya akhirnya pelanggan akan melarikan diri.
8. Demikian juga dalam mengerjakan ibadah. Apa yang perlu memperbanyakkan ibadah. Soal pahala jangan fikirkan. Pahala adalah terletak kepada Allah s.w.t. Tugas kita hanya buat ibadah sebanyak-banyaknya.
9. Jika anda solat tidak khusyuk. Solat lagi. Solat lagi. Kalau sahabat nabi solat dua rakaat pahala antara langit dan bumi kerana khyusuknya, kita solat dua rakataat sebanyak sepuluh kali untuk menyamakan dua rakaat solat para sahabat nabi. Jangan tidak solat disebabkan tidak khusyuk dalam solat.
10. Untuk mendapatkan kejayaaan dan keuntungan di negeri akhirat, banyakkan solat, solat lagi, solat lagi, solat lagi, solat lagi, solat lagi. Dua rakaat, dua rakaat, dua rakaat.....
Modul Syaitan Untuk Menyesatkan Manusia
2. Seorang bapa atau ibu yang ingin menjadikan anaknya seorang yang soleh telah membawa anaknya bersolat di masjid. Kebiasaannya saf kanak-kanak di belakang. Si bapa atau ibu tadi akan teringat anaknya yang sedang bersolat di saf belakang entah-entah dah kena colek. Dah tak khusyuk solat.... ni syaitan la punya bisikan..
3. Suatu program untuk remaja yang suka merempit diadakan iaitu program lumba motosikal diadakan di stadium negeri. Gembiralah mat-mat rempet ini kerana diberi perhatian. Bolehlah tunjuk bakat. Program dimulakan dari pagi hinggalah waktu petang. Solat zuhur entah ke mana... jamak le kut... tapi tak musafir mana boleh jamak... anak-anak muda berpusu-pusu ada yang panjat pokok, ada yang memanjat pagar kerana nak tonton adegan mat rempit. Dah masuk waktu asar mereka masih tidak berganjak. Peliknya orang Cina dan India tak ada pun. Orang Melayu Muslim semua yang ada... Entahlah macam selimut pendek....
Saturday, November 22, 2008
Suasana Kenduri Masa Dulu Lain Sekarang Lain
2. Hari ini kita bercakap pasal kenduri kahwin. Jamuan kenduri biasanya disediakan oleh pengusaha sajian. Dulu orang kampung bergotong-royong memasak. Satu kampung bermesyuarat untuk menjayakan kenduri. Rasa persaudaraan memang kuat.
3. Bila ditanya pasal apa tidak gotong-royong memasak. Macam-macam jawapan ada yang kata masakan tak sedap, orang banyak kerja, tak ada masa, sibuk dan sebagainya.
4. Persoalannya bagaimana untuk mengembalikan semagat gotong-royong dan hidup bekerja sama dalam masyarakat.
5. Tahun sudah kita berjaya dapatkan sedikit wang untuk buat more malam bulan Ramadhan. Kononya nak buat macam dulu-dulu. Rupa-rupanya masa dah berubah. Jamuan yang disediakan tidak dihiraukan. Lepas solat mereka terus balik rumah. Hanya yang tinggal beberapa orang.
Friday, November 21, 2008
Cinta Dan Denci Kerana Allah s.w.t.
2. Sesuatu benda yang ada di sisi anda samada anda cinta atau benci, pasti suatu masa nanti anda akan berpisah dengannya, jika ditakdirkan.
3. Kematian yang anda benci, pasti anda bertemu dengannya suatu masa nanti kerana setiap insan pasti mati.
4. Isteri dan anak yang anda cinta, pasti anda berpisah dengannya suatu masa nanti kerana mereka yang telah pergi ke alam baqa tidak kembali lagi.
5. Pertemuan atau perpisahan dengan cara paksa amat menyakitkan. Bertemu dengan Allah s.w.t. secara terpaksa (maut) tanpa rela tidak akan dipandang oleh Allah s.w.t. Berpisah dengan harta dan anak isteri secara terpaksa amat memilukan hati.
6. Pertemuan atau perpisahan dengan cara rela amat menggembirakan. Bertemu dengan Allah s.w.t (kematian) secara rela dan bersedia bertemu kekasih (Allah s.w.t) akan mendapat penghormatan daripada Allah s.w.t. Mereka yang berpisah secara sukarela dengan harta seperti bersedekah atau berpisah dengan anak dan isteri seperti menuntut ilmu atau keluar ke jalan Allah s.w.t. pasti akan ada rasa gembira perpisahan itu.
7. Oleh itu bersedialah untuk berpisah dengan yang tersayang iaitu dunia dan seisinya, dan bersedialah untuk bertemu dengan yang tersayang iaitu Allah s.w.t. pertemuan secara rela dan ikhlas di hati.
8. Bertemulah dengan Allah s.w.t. dengan keredhaanNya. Janganlah bertemu dengan Allah s.w.t. dengan kemurkaanNya.
9. Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keredhaanNya ( Ir ji 'i i la rab bi ki ra dhi ya tam mar dhi yah).
Bersabar dan bersyukur dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.
2. Kesabaran akan menguji kekuatan iman kita kepada Allah s.w.t. Sama ada terima atau tidak pasti ujian itu mendatang semata-mata untuk menguji dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Mereka yang tahan diuji akan mendapat ganjaran yang banyak di sisi Allah s.w.t.
3. Ramai orang boleh bersabar dengan ujian daripada Allah s.w.t. tetapi tidak ramai yang sudi mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Pada hal mensyukuri nikmat lebih ringan daripada bersabar.
4. Manusia akan berusaha untuk sabar kerana ianya terpaksa. Berbeza dengan syukur kerana syukur akan lahir dari hati yang ikhlas kepada Allah s.w.t
5. Semakin rajin seseorang itu mengerjakan solat maka semakin tinggilah nilai syukurnya kepada Allah s.w.t.
Berfikirlah Kerana Allah s.w.t.
2. Setelah kita perhatikan semua ciptaan yang tidak boleh diragukan lagi mesti ada penciptanya iaitu Allah s.w.t.
3. Maka bersyukurlah kepada Allah s.w.t. dengan menyembahnya. Sembahlah Allah s.w.t. sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepadanya.
