1. Sesuatu benda yang tiada di sisi anda sama ada anda cinta atau benci, pasti suatu masa nanti anda bertemu dengannya, jika ditakdirkan.
2. Sesuatu benda yang ada di sisi anda samada anda cinta atau benci, pasti suatu masa nanti anda akan berpisah dengannya, jika ditakdirkan.
3. Kematian yang anda benci, pasti anda bertemu dengannya suatu masa nanti kerana setiap insan pasti mati.
4. Isteri dan anak yang anda cinta, pasti anda berpisah dengannya suatu masa nanti kerana mereka yang telah pergi ke alam baqa tidak kembali lagi.
5. Pertemuan atau perpisahan dengan cara paksa amat menyakitkan. Bertemu dengan Allah s.w.t. secara terpaksa (maut) tanpa rela tidak akan dipandang oleh Allah s.w.t. Berpisah dengan harta dan anak isteri secara terpaksa amat memilukan hati.
6. Pertemuan atau perpisahan dengan cara rela amat menggembirakan. Bertemu dengan Allah s.w.t (kematian) secara rela dan bersedia bertemu kekasih (Allah s.w.t) akan mendapat penghormatan daripada Allah s.w.t. Mereka yang berpisah secara sukarela dengan harta seperti bersedekah atau berpisah dengan anak dan isteri seperti menuntut ilmu atau keluar ke jalan Allah s.w.t. pasti akan ada rasa gembira perpisahan itu.
7. Oleh itu bersedialah untuk berpisah dengan yang tersayang iaitu dunia dan seisinya, dan bersedialah untuk bertemu dengan yang tersayang iaitu Allah s.w.t. pertemuan secara rela dan ikhlas di hati.
8. Bertemulah dengan Allah s.w.t. dengan keredhaanNya. Janganlah bertemu dengan Allah s.w.t. dengan kemurkaanNya.
9. Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keredhaanNya ( Ir ji 'i i la rab bi ki ra dhi ya tam mar dhi yah).

No comments:
Post a Comment