1. Kehidupan atas muka bumi ini terlalu singkat. Secara puratanya umur manusia 60 hingga 80 tahun, setelah itu akan kembali kepada Allah s.w.t. penciptaNya.
2. Manusia sayang untuk mati, kalau boleh hendak hidup lama atas muka bumi ini, tetapi umur sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi.
3. Manusia sayang nyawa kerana mereka menyangka hidup hanya sekai, selepas itu manusia tidak hidup lagi. Ini satu anggapan yang salah.
4. Semua manusia akan dihidupkan kembali selepas kematian mereka. Semaunya akan dikumpulkan di padang mahsyar. Di sana mereka akan diadili sama ada untuk dimasukkan di dalam syurga atau neraka.
5. Ramai manusia tidak hiraukan tentang kematian, tetapi kematian pasti datang.
6. Kematian adalah proses yang pasti setiap orang lalui.
7. Seorang manusia akan melalui proses kelahiran, kanak-kanak, remaja, muda, tua dan akhirnya meninggal dunia. Hendak tak hendak ia pasti melalui proses ini.
8. Oleh itu sebelum melalui proses yang terakhir, kita hendaklah melakukan persediaan iaitu bersediaan bertemu dengan Allah s.w.t.
9. Mohonlah doa kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. meredhai kita sekembalinya kita ke sana iaitu alam baqa' iaitu alam yang kekal selama-lamanya.
Saturday, November 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment