Wednesday, November 26, 2008

Carilah kurniaan Allah s.w.t.

1. Kurniaan Allah s.w.t itu amat luas, carilah dan ingatlah kepadaNya dengan mengerjakkan amal ibadah sebagai tanda syukur.

2. Sahabat Rasulullah s.a.w bernama Abdul Rahman bin Auf ketika sampai di Madinah memulakan perniagaan dengan modal lebih kurang RM400.00, dalam masa yang singkat telah menjadi jutawan.

3. Ini menunjukkan bahawa bukanlah modal yang besar faktor utama untuk berjaya dalam perniagaan. Begitulah juga bukanlah ilmu dan pengalaman yang luas menjadi pengukur kejayaan dalam perniagaan kerana ekonomi Amerika Syarikat jatuh merudum pada hal mereka negara kaya dan berpengalaman.

4. Kejayaan dalam apa jua lapangan kehidupan bergantung kepada kurniaan Allah s.w.t. Oleh itu di samping berusaha iringilah dengan doa. Insyaallah berjaya.

No comments: