Saturday, November 22, 2008

Suasana Kenduri Masa Dulu Lain Sekarang Lain

1. Sekarang musim cuti sekolah dan kenduri kahwin di sana sini. Mereka yang berpenyakit tiga serangkai berhati-hatilah. Makan bukanlah sedap sangat berbanding dengan azab yang menanti.

2. Hari ini kita bercakap pasal kenduri kahwin. Jamuan kenduri biasanya disediakan oleh pengusaha sajian. Dulu orang kampung bergotong-royong memasak. Satu kampung bermesyuarat untuk menjayakan kenduri. Rasa persaudaraan memang kuat.

3. Bila ditanya pasal apa tidak gotong-royong memasak. Macam-macam jawapan ada yang kata masakan tak sedap, orang banyak kerja, tak ada masa, sibuk dan sebagainya.

4. Persoalannya bagaimana untuk mengembalikan semagat gotong-royong dan hidup bekerja sama dalam masyarakat.

5. Tahun sudah kita berjaya dapatkan sedikit wang untuk buat more malam bulan Ramadhan. Kononya nak buat macam dulu-dulu. Rupa-rupanya masa dah berubah. Jamuan yang disediakan tidak dihiraukan. Lepas solat mereka terus balik rumah. Hanya yang tinggal beberapa orang.

No comments: