2. Saya terfikir inilah gamaknya, ramai wanita yang telah tertipu oleh kata-kata manis. Ramai golongan terpelajar dan profesional terperangkap dengan golongan penipu yang menggunakan kata-kata manis.
3. Berhati-hatilah berbicara dengan orang yang pandai bermain kata-kata. Kita selalu cepat sangat mempercayai kata-kata manis.
4. Agama Islam mengjak kita bermuka manis dan berkata dengan kata-kata yang manis, tetapi akhlak yang baik ini telah dicemari dengan akhlak buruk.
5. Contoh lain muzik, asal muzik itu harus tetapi apabila dicampur dengan unsur kelalaian dan maksiat maka muzik telah dicemari. Dicemari dengan pergaulan bebas, arak, zina, berfoya-foya dan sebagainya.
6. Sehingga amal-amal ibadah suci yang lain apabila dicemari dengan unsur maksiat maka menjadi rosak amal itu. Tilawah al Quran suatu yang dituntut, tetapi telah dipertandingkan bacaannya. Haji suatu kewajipan tetapi telah dimonopoli oleh sesuatu syarikat haji sehingga orang yang mampu mengerjakan haji telah dihalang. Puasa suatu kewajipan tetapi dicemari dengan pesta makan. Zakat suatu kewajipan tetapi wang zakat telah diberikan kepada asnaf yang ke sembilan pada hal asnaf hanya lapan sahaja.

No comments:
Post a Comment