1. Cintakan makan menjadi masalah manusia pada zaman ini kerana dari pagi sehinggalah malam hari penuh dengan program makan dan minum.
2. Pukul 7.00 pagi sarapan makan secawan teh susu dan roti atau nasi lemak atau roti canai.
3. Pukul 10.00 pagi minum sekali lagi. Kali ini makan nasi goreng dengan kopi susu, atau mee goreng dengan teh tarik atau Kuih dengan air kopi o.
4. Jam 12.30 tengahari makan tengahari. Ini makan dahsyat punya. Nasi, lauk, ulaman, sayuran, buahan dan minuman.
5. Jam 5.00 petang minun teh susu dengan pisang goreng atau bubur kacang dengan air suam atau Laksa dengan kopi o.
6. Pukul 8.00 malam selepas isyak makan malam. Ini pun juga dahsyat dengan nasinya, lauknya, sayurnya dan minuman panas.
7. Jam 11.00 sebelum tidur pekena lagi minuman dan makanan.
8. Cuba kira berapa banyak yang kita makan dalam satu hari. Inilah puncanya berbagai-bagai penyakit.
9. Orang Afrika mati kerana tak ada makanan, tetapi kita mati kerana banyak makan.
Saturday, November 29, 2008
Kekerapan Kita Makan Dalam Satu Hari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment