Friday, November 28, 2008

Mat rempit di persimpangan

1. Hala tuju mat rempit bergantung kepada cita-cita ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa bertanggung jawab membentuk anak yang mereka lahirkan.

2. Istilah mat rempit atau minah rempit sering digunakan untuk menggelar mereka yang menghabiskan masa waktu malam menonggang motosikal tanpa tujuan.

3. Sebenarnya ibu bapanya adalah orang yang baik, bersolat dan memang baik akhlak tetapi anak itu tidak dengar cakap orang tua-tua.

4. Hal ini terjadi adalah disebabkan kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dar rebong. Sudah terlambat. Anak membesar penuh dengan kasih sayang tanpa diberi tunjuk ajar, hingga jentik teling pun tak pernah.

7. Anak itu diberikan sebuah motosikal kerana kasihnya ayah pada anak. Sang ayah akan memberikan kepercayaan yang penuh kepada anaknya.

9. Sedikit demi sedikit anak itu terikut-ikut dengan perkembangan semasa. Kawan-kawan ajak keluar rehat. Lama kelamaan gejala yang tidak baik meresap masuk dalam diri anak itu. Gejala pergaulan bebas, dadah, ikut nafsu, seronok dan sebagainya. Untuk balik ke pangkal jalan amat sukar.

No comments: