Friday, November 28, 2008

Peranan AJK Masjid Mencari Pelapis

1. Rata-rata makmun yang paling ramai di sesebuah masjid adalah orang tua yang sudah pencen atau yang sudah lanjut usia. Ingin membuat persediaan bertemu dengan Allah s.w.t.

2. Anak-anak muda kurang menghadirkan diri ke masjid mungkin disebabkan kesibukan hal-hal duniawi. Tambahan pula kesedaran diri yang masih longgar.

3. Kalau ada bapa-bapa yang perihatin akan membawa kanak-kanak ke masjid. Ini kurang kerana kanak-kanak yang nakal kadang-kadang boleh mengganggu konsetrasi jamaah.

4. Kini masjid biasanya dimonopoli oleh golongan ini kerana mereka yang muda belia kurang menampakkan diri mereka terutama dalam mesyuarat agong masjid tidak kelihatan anak-anak muda. Maka pelantikan AJK masjid tidak termasuk anak-anak muda. Maknanya generasi pelapis untuk menerajui masjid amat membimbangkan.

5. Alangkah baiknya jika anak-anak muda golonga pelapis ini diberi semangat dan motivasi atau diberikan jawatan tertentu di dalam masjid. Mungkin dengan dorongan ini menjadikan mereka menjinak-jinak dengan masjid.

6. Kedua-dua pihak sama ada dari pihak golongan tua dan muda masing-masing ada halangan. Golongan muda yang lebih suka memberi peluang kepada golongan yang uzur ini. Manakala golongan tua pula merasakan mereka masih bertenanga untuk memikul tanggung jawab ini.

7. Dalam hal ini siapakah yang perlu mengambil peranan untuk memajukan masjid dengan menambahkan lagi para jamaah yang terdiri daripada golongan muda kerana merekalah yang akan memegang tampok masyarakat yang akan datang.

No comments: