1. Apabila kita menghadapi suatu keadaan maka kita akan memberi reaksi tertentu. Reaksi itu menjurus kepada apa yang kita niat. Katakan kita berada dalam satu mesyuarat melihat dua orang sedang berbincang. Oleh kerana niat kita kurang baik maka kita akan mengeluarkan pandangan yang negatif. Maka berlakulah pergaduhan. Sebaliknya jika kita berniat baik maka kita akan memberi pandangan positif dalam pertikaian mereka berdua. Hasil daripada pandangan positif itu akan menghasilkan keputusan yang baik.
2. Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menghubungkan persaudaraan. Hubungan ini berlaku jika mereka mempunyai sikap yang positif dan saling bina membina antara satu sama lain. Jika mereka ada niat untuk mengerohkan keadaan maka perpecahan akan berlaku. Teringat saya kepada peristiwa peperangan Siffin antar saidina Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah bin Abu Suffian. Kedua-dua mereka ingin melakukan yang lebih baik. Mereka tidak menuduh antara satu sama lain, tetapi mereka ingin melakukan yang lebih baik. Peperangan yang berpanjangan itu adalah disebabkan pengikut mereka yang kurang memahami ajaran Islam yang sebenar.
3. Islam mengajar manusia supaya mewujudkan perdamaian. Islam menggalakkan solat berjamaah. Islam menggalakkan bertolong-tolongan antara satu sama lain. Islam melarang perpecahan. Mereka yang berselisih pandangan tidak dibenarkan lebih dari tiga hari. Ini menandakan bahawa hubungan persaudaraan dalam kalangan umat Islam amat baik. Jika berlaku pertikaian antara umat Islam maka itu disebabkan kejahilan atau pengaruh syaitan.
4. Dengan niat yang tidak baik maka berlakulah pergadohan yang tidak ada penghujungnya. Oleh itu umat Islam hendaklah sentiasa mempunyai niat yang baik dan positif supaya tidak berlaku salah faham atau salah anggap antara umat Islam. Itulah faktor yang membentuk bangunan masyarakat Islam.
Monday, December 1, 2008
Setiap Pekerjaan Itu Dengan Niat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment