Anak-anak perlu dididik dan diasuh. Supaya mereka berjaya. Mereka akan kenang orang tuanya. Ada manusia yang sayang anak sangat. Sayang biarlah bertempat. Tidak merotan anak bukan tanda sayang. Sayang itu beri perhatian perangai mereka. Kalau mereka buat salah nasihat. Kalau nasihat mereka tidak kesah. Rotanlah. Kalau sudah berkesan melalui nasihat. Itu baguslah. Biasanya anak manja tidak begitu. Pastinya mereka tidak ikut peraturan. Manusia mana yang dilahirkan sempurna. Mereka pasti buat kesalahan. Mereka mesti melalui proses. Merotan pun satu dari proses pendidikan.
Ada banyak cara mendenda kanak-kanak. Biasanya Luku, tarik telinga, ketanpi, tolak bumi, rotan, cubit dan getu. Jangan tempeleng, karate, penyiku, tendang, tendang terbang dan pukulan maut. Hukuman yang diberikan adalah tanda sayang. Bukan pukulan mencederakan atau maut.
Pendidikan cara Islam ialah melatih membaca al Quran. Latih menghormati ibu bapa. Latih menepati masa. Latih berjimat cermat. Latih berkerja berdasarkan target. Jangan ajar menipu. Jangan ajar lari dari tugas. Jangan ajar curi tulang. Jangan ajar kedekut. Jangan ajar mencarut. Jangan ajar membuang masa. Jangan ajar tengok wayang. Jangan ajar mains sms. Jangan ajar maint game. Jangan ajar main-main.
Perkara yang maksiat dan lagho tidak perlu ajar kerana syaitan sudah ajar. Nafsu sudah cukup menjadi cikgu mengajarnya. Emosi sudah cukup jadi rujukan. Kawan-kawan yang tidak inginkan agama lebih ramai. Mereka adalah guru yang setia dan banyak masa untuk mengajar.
Perkara yang menjadi pahala dan kebajikan amat susah. Perlu dididik. Malaikat hanya membantu jika ingin berbuat baik. Malaikat tidak pernah bersumpah untuk membawa manusia kepada jalan kebaikan. Tetapi syaitan telah bersumpah untuk membawa manusia kepada jalan kesesatan. Oleh itu jalan kepada kejahatan tentulah lebih banyak daripada jalan kebaikan.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. supaya kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dan mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat. Di samping itu sebagai seorang ayah itu ibu, berilah perhatian yang lebih kepada anak-anak kita. Bukan anak orang lain. Tetapi anak kita. Jangan sangkakan anak sendiri lebih baik. Kadang-kadang alim kucing. Pasanglah mata-mata gelap mengintai perangai anak-anak kita di luar rumah.
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment