Friday, December 5, 2008

Asal Usul Susah Dan Gelisah


1. Manusia jadi susah kerana masalah sekitar. Masalah orang. Masalah haiwan. Masalah Tumbuham. Masalah Udara. Masalah Bising. Masalah Jiran. Masalah Panas. Masalah Sejuk. Berbagai-bagai masalah.

2. Apabila manusia merasai perkara sekitarnya menjadi masalah pada dirinya maka bererti manusia itu telah berpenyakit iaitu penyakit terpengaruh. Orang yang terpengaruh dengan masalah sekitar mereka ini tidak akan dapat hidup dengan aman damai.

3. Untuk mengatasi masalah ini hendaklah diam sahaja. Jangan persoalkan perkara yang berada di sekeliling. Anggaplah perkara itu tidak wujud. Jika perkara sekitar itu menjadi pening dan pusing maka jadilah masalah.

4. Ramai manusia mengeluh tentang masalah orang lain. Kita jarang dengan manusia mengumpat diri sendiri. Biasanya mereka mengumpat orang lain. Tida ada manusia suka cari salah silap diri sendiri, tetapi suka mencari kesalah orang lain. Mengapa ini terjadi? Kerana manusia suka menjadikan persekitarannya sebagai masalah.

5. Islam mengajak umatnya supaya muhasabah diri. Perhatikan diri sendiri yang mana salah silap diperbetulkan. Islam melarang mencaria cacat cela orang lain. Semakin melihat cacat cela orang lain, maka selagi itulah tidak dapat melihat cacat cela diri sendiri.

6. Lihatlah kecacatang dan huduhnya diri sendiri dari segi cuai, malas, tamak, rakus, perungus, dengki, khianat, kedekut, ego, ikut nafsu, angan-angan, gopoh, tidak berdisiplin, batu api dan sebagainya. Perbaiki diri sendiri. Jangan lihat apa yang orang lain lakukan.

7. Jika kita merasai tidak selesa dengan perangai orang lain terhadap diri kita cuba fikir secara positif. Jika tidak dapat berfikiran positif maka maafkanlah. Mungkin jika kita berada di tampat itu, munkin kita berperangai demikian.

No comments: