Masa kini dan dahulu sama sahaja. Bezanya ialah pendekatan pendidikan anak-anak dulu dan kini. Kesannya anak-anak tidak hormat lagi pada ibu bapa. Mereka terlalu dimanjakan. Mereka dilayani berlebih-lebihan. Akhirnya anak itu naik atas kepala. Masa kecil bolehlah jadi kawan. Apabila sudah besar anak-anak itu akan jadi lawan jika emosi mereka tidak dipenuhi.
Kini jika ibu bapa merotan anak-anak orang lain akan persoalkan. Jika anak itu liar maka ibu bapa juga yang salah. Berapa banyak rotan yang digantung telah dicuri oleh anak. Ada ibu bapa yang gunakan penyangkut baju untuk merotan anak-anak. Anak sudah berani mencuri dan memusnakah rotan. Bagi mereka rotan itu adalah penderaan. Biadap kepada ibu bapa sudah menjadi kebiasaan.
Selagi manusia tidak kembali kepada Islam maka selagi itulah mereka menghadapi masalah membesarkan anak-anak. Maksudnya anak-anak mesti dirotan secara pengajaran bukan penderaan. Rotan sayang lain dengan rotan penderaan. Merotan bahagian yang tidak membahayakan. Elakkan di bahagian bahaya.
Thursday, December 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment