1. Nabi s.a.w. berkata sembilan per sepuluh rezeki terletak kepada perniagaan. Masalahnya ramai orang berniaga mengapa rugi. Di manakah benarnya kata-kata nabi itu. Sebenarnya kerugian itu adalah disebabkan oleh tak pandai berniaga mungkin disebabkan jahil atau tamak.
2. Dapatkan sedikit keuntungan dari barangan dagangan. Beli apa-apa barang keperluan dengan harga RM10.00 jual barang itu dengan harga RM12.00 dapat untung RM2.00. Itulah perniagaan.
3. Ada orang kata kalau aku ada modal RM10,000.00 aku akan berniaga. Sebenarnya perniagaan itu bukan modal wang yang banyak. Kalau modal satu juta pun akan lingkup.
4. Mulakan dengan modal RM100.00 atau sekitar RM400.00 ringgit. Beli barang dan jual barang. Lihat banyak mana dapat untung. Kalau tak untung maknanya anda tak pandai berniaga. Cari dulu pengalaman dan ilmu pengetahuan.
5. Kalau anda boleh berjual beli dan untung tunai dari RM400.00 kepada RM4,000.00 dalam masa satu bulan, itu menunjukkan anda sudah berbakat dalam bidang perniagaan. Kalau tak boleh dapat makanya tak pandai. Cari pengalaman dulu.
6. Perniagaan dalam Islam lebih kepada membantu manusia mendapatkan barangan, keuntungan perkara kecil, ini menyebabkan pelanggan akan memberi kepercayaan dan peniaga dapat menekankan kepada keuntungan volume. Semakin banyak dijual semakin banyak keuntungan.
7. Perniagaan yang tidak Islam lebih menumpukan kepada keuntungan, membantu manusia adalah perkara sampingan, itulah sebabnya implasi, peningkatan harga barang, spekulasi, riba, penindasan dan sebagainya akhirnya pelanggan akan melarikan diri.
8. Demikian juga dalam mengerjakan ibadah. Apa yang perlu memperbanyakkan ibadah. Soal pahala jangan fikirkan. Pahala adalah terletak kepada Allah s.w.t. Tugas kita hanya buat ibadah sebanyak-banyaknya.
9. Jika anda solat tidak khusyuk. Solat lagi. Solat lagi. Kalau sahabat nabi solat dua rakaat pahala antara langit dan bumi kerana khyusuknya, kita solat dua rakataat sebanyak sepuluh kali untuk menyamakan dua rakaat solat para sahabat nabi. Jangan tidak solat disebabkan tidak khusyuk dalam solat.
10. Untuk mendapatkan kejayaaan dan keuntungan di negeri akhirat, banyakkan solat, solat lagi, solat lagi, solat lagi, solat lagi, solat lagi. Dua rakaat, dua rakaat, dua rakaat.....