Thursday, December 25, 2008

Rajin Kerja Tetapi Tidak Smart

1. Ramai orang rajin bekerja tetapi tidak kena cara akan menjadi rugi. Itu disebut kerja tidak smart. Seorang pensyarah bersungguh-sungguh mengajar dan membuat ujian kepada pelajar sehingga pelajar tidak faham apa yang diajar akhirnya dia menyediakan ujian dan pelajar tidak dapat menjawab ujian itu maka marakah pelajar adalah gagal. Maka adakah pensyarah berkenaan smart?... Ohhh tidak, kerana pensyarah berkenaan rajin mengajar tetapi tidak pandai mengajar sebab itu pelajar jadi gagal. Mustahil. Kalau mereka diajar dengan baik tentulah berjaya... kalau pelajar tidak faham apa yang diajar, cuba fahamkan pelajar berkenaan.

2. Ramai orang berniaga tetapi rugi. Nabi kata sembilan per sepuluh rezeki adalah berniaga. Ramai tidak tahu berniaga. Berniaga buah. Beli buah dan buang kerana tidak laku. Buka restoren tidak habis dijual sedekah. Semua itu jadi rugi. Sebab apa terjadi demikian kerana tidak tahu berniaga. Cara mudah ambil komesyen. Kalau tidak laku bukan kita yang rugi. Itulah berniaga.

3. Pelajar bersengkang mata belajar tapi ambil ujian gagal. Baca buku rajin tapi jadi bodoh. Mustahil. Kalau rajin belajar tentu pandai. Rajin jawab soalan tahun-tahun lalu tentu mudah lulus dalam peperiksaan.

4. Bekerja untuk dunia bersungguh-sungguh tapi untuk akhirat sedikit sangat. Bila pergi ke negeri akhirat sudahlah tak ada apa yang di bawa. Itu tak smart. Buatlah amalan untuk ahirat banyak-banyak.Tak rugi kalau solat sunat banyak-banyak.

Friday, December 12, 2008

Pendidikan Anak-Anak Bermula Dari Kecil

Anak-anak perlu dididik dan diasuh. Supaya mereka berjaya. Mereka akan kenang orang tuanya. Ada manusia yang sayang anak sangat. Sayang biarlah bertempat. Tidak merotan anak bukan tanda sayang. Sayang itu beri perhatian perangai mereka. Kalau mereka buat salah nasihat. Kalau nasihat mereka tidak kesah. Rotanlah. Kalau sudah berkesan melalui nasihat. Itu baguslah. Biasanya anak manja tidak begitu. Pastinya mereka tidak ikut peraturan. Manusia mana yang dilahirkan sempurna. Mereka pasti buat kesalahan. Mereka mesti melalui proses. Merotan pun satu dari proses pendidikan.

Ada banyak cara mendenda kanak-kanak. Biasanya Luku, tarik telinga, ketanpi, tolak bumi, rotan, cubit dan getu. Jangan tempeleng, karate, penyiku, tendang, tendang terbang dan pukulan maut. Hukuman yang diberikan adalah tanda sayang. Bukan pukulan mencederakan atau maut.

Pendidikan cara Islam ialah melatih membaca al Quran. Latih menghormati ibu bapa. Latih menepati masa. Latih berjimat cermat. Latih berkerja berdasarkan target. Jangan ajar menipu. Jangan ajar lari dari tugas. Jangan ajar curi tulang. Jangan ajar kedekut. Jangan ajar mencarut. Jangan ajar membuang masa. Jangan ajar tengok wayang. Jangan ajar mains sms. Jangan ajar maint game. Jangan ajar main-main.

Perkara yang maksiat dan lagho tidak perlu ajar kerana syaitan sudah ajar. Nafsu sudah cukup menjadi cikgu mengajarnya. Emosi sudah cukup jadi rujukan. Kawan-kawan yang tidak inginkan agama lebih ramai. Mereka adalah guru yang setia dan banyak masa untuk mengajar.

Perkara yang menjadi pahala dan kebajikan amat susah. Perlu dididik. Malaikat hanya membantu jika ingin berbuat baik. Malaikat tidak pernah bersumpah untuk membawa manusia kepada jalan kebaikan. Tetapi syaitan telah bersumpah untuk membawa manusia kepada jalan kesesatan. Oleh itu jalan kepada kejahatan tentulah lebih banyak daripada jalan kebaikan.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. supaya kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dan mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat. Di samping itu sebagai seorang ayah itu ibu, berilah perhatian yang lebih kepada anak-anak kita. Bukan anak orang lain. Tetapi anak kita. Jangan sangkakan anak sendiri lebih baik. Kadang-kadang alim kucing. Pasanglah mata-mata gelap mengintai perangai anak-anak kita di luar rumah.

Thursday, December 11, 2008

Anak Manja Kini

Masa kini dan dahulu sama sahaja. Bezanya ialah pendekatan pendidikan anak-anak dulu dan kini. Kesannya anak-anak tidak hormat lagi pada ibu bapa. Mereka terlalu dimanjakan. Mereka dilayani berlebih-lebihan. Akhirnya anak itu naik atas kepala. Masa kecil bolehlah jadi kawan. Apabila sudah besar anak-anak itu akan jadi lawan jika emosi mereka tidak dipenuhi.

Kini jika ibu bapa merotan anak-anak orang lain akan persoalkan. Jika anak itu liar maka ibu bapa juga yang salah. Berapa banyak rotan yang digantung telah dicuri oleh anak. Ada ibu bapa yang gunakan penyangkut baju untuk merotan anak-anak. Anak sudah berani mencuri dan memusnakah rotan. Bagi mereka rotan itu adalah penderaan. Biadap kepada ibu bapa sudah menjadi kebiasaan.

Selagi manusia tidak kembali kepada Islam maka selagi itulah mereka menghadapi masalah membesarkan anak-anak. Maksudnya anak-anak mesti dirotan secara pengajaran bukan penderaan. Rotan sayang lain dengan rotan penderaan. Merotan bahagian yang tidak membahayakan. Elakkan di bahagian bahaya.

Friday, December 5, 2008

Asal Usul Susah Dan Gelisah


1. Manusia jadi susah kerana masalah sekitar. Masalah orang. Masalah haiwan. Masalah Tumbuham. Masalah Udara. Masalah Bising. Masalah Jiran. Masalah Panas. Masalah Sejuk. Berbagai-bagai masalah.

2. Apabila manusia merasai perkara sekitarnya menjadi masalah pada dirinya maka bererti manusia itu telah berpenyakit iaitu penyakit terpengaruh. Orang yang terpengaruh dengan masalah sekitar mereka ini tidak akan dapat hidup dengan aman damai.

3. Untuk mengatasi masalah ini hendaklah diam sahaja. Jangan persoalkan perkara yang berada di sekeliling. Anggaplah perkara itu tidak wujud. Jika perkara sekitar itu menjadi pening dan pusing maka jadilah masalah.

4. Ramai manusia mengeluh tentang masalah orang lain. Kita jarang dengan manusia mengumpat diri sendiri. Biasanya mereka mengumpat orang lain. Tida ada manusia suka cari salah silap diri sendiri, tetapi suka mencari kesalah orang lain. Mengapa ini terjadi? Kerana manusia suka menjadikan persekitarannya sebagai masalah.

5. Islam mengajak umatnya supaya muhasabah diri. Perhatikan diri sendiri yang mana salah silap diperbetulkan. Islam melarang mencaria cacat cela orang lain. Semakin melihat cacat cela orang lain, maka selagi itulah tidak dapat melihat cacat cela diri sendiri.

6. Lihatlah kecacatang dan huduhnya diri sendiri dari segi cuai, malas, tamak, rakus, perungus, dengki, khianat, kedekut, ego, ikut nafsu, angan-angan, gopoh, tidak berdisiplin, batu api dan sebagainya. Perbaiki diri sendiri. Jangan lihat apa yang orang lain lakukan.

7. Jika kita merasai tidak selesa dengan perangai orang lain terhadap diri kita cuba fikir secara positif. Jika tidak dapat berfikiran positif maka maafkanlah. Mungkin jika kita berada di tampat itu, munkin kita berperangai demikian.

Monday, December 1, 2008

Meniup Lampu Samapi Padam

1. Aktiviti memadam lampu tanpa menekan suis off tetapi hanya meniup dengan mulut. Ini cerita penderaan masa masuk sekoleh asrama dulu.

2. Pelajar baru disuruh supaya memadamkan lampu bilik dengan cara meniup menggunakan nafas tanpa boleh menggunakan tangan untuk menekan suis off. Lama kelaman dihembus dengan mulut maka padamlah lampu itu. Rupa-rupanya seorang abang yang kasihan belas melihat pelajar ini tiup hampir satu jam. Maka berhasillah pelajar baru itu memadamkan lampu bilik.

3. Kemudian kamu semua disuruh padam lampu dengan meniup dengan mulut, tidak boleh guna tangan menekan butang off. Buktinya pelajar yang lalu sudah berjaya memadamkan lampu menggunakan hembusan nafas.

4. Maka tidak ada seorang pun yang berjaya memadamkannya, melainkan ada abang sinior yang ada rasa belas kasihan dan tolong tekan butang off. Maka padamlah.

5. Oleh itu hembus saja lah.... yang penting hembus... bukan lampu padam... lampu padam tu kerja orang lain...

Setiap Pekerjaan Itu Dengan Niat

1. Apabila kita menghadapi suatu keadaan maka kita akan memberi reaksi tertentu. Reaksi itu menjurus kepada apa yang kita niat. Katakan kita berada dalam satu mesyuarat melihat dua orang sedang berbincang. Oleh kerana niat kita kurang baik maka kita akan mengeluarkan pandangan yang negatif. Maka berlakulah pergaduhan. Sebaliknya jika kita berniat baik maka kita akan memberi pandangan positif dalam pertikaian mereka berdua. Hasil daripada pandangan positif itu akan menghasilkan keputusan yang baik.

2. Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menghubungkan persaudaraan. Hubungan ini berlaku jika mereka mempunyai sikap yang positif dan saling bina membina antara satu sama lain. Jika mereka ada niat untuk mengerohkan keadaan maka perpecahan akan berlaku. Teringat saya kepada peristiwa peperangan Siffin antar saidina Ali bin Abi Talib dengan Muawiyah bin Abu Suffian. Kedua-dua mereka ingin melakukan yang lebih baik. Mereka tidak menuduh antara satu sama lain, tetapi mereka ingin melakukan yang lebih baik. Peperangan yang berpanjangan itu adalah disebabkan pengikut mereka yang kurang memahami ajaran Islam yang sebenar.

3. Islam mengajar manusia supaya mewujudkan perdamaian. Islam menggalakkan solat berjamaah. Islam menggalakkan bertolong-tolongan antara satu sama lain. Islam melarang perpecahan. Mereka yang berselisih pandangan tidak dibenarkan lebih dari tiga hari. Ini menandakan bahawa hubungan persaudaraan dalam kalangan umat Islam amat baik. Jika berlaku pertikaian antara umat Islam maka itu disebabkan kejahilan atau pengaruh syaitan.

4. Dengan niat yang tidak baik maka berlakulah pergadohan yang tidak ada penghujungnya. Oleh itu umat Islam hendaklah sentiasa mempunyai niat yang baik dan positif supaya tidak berlaku salah faham atau salah anggap antara umat Islam. Itulah faktor yang membentuk bangunan masyarakat Islam.

Saturday, November 29, 2008

Cara Memilih Kawan Atau Sahabat


KAWAN YANG BAIK

1. Memaafkan.

2. Sering minta maaf.

3. Menerima teguran.

4. Sering minta nasihat.

5. Berpandangan positif.

6. Tidak suka menceritakan hal orang lain.

7. Tidak pernah menceritakan kejahatan diri sendiri.

8. Cepat bertindak.

9. Cepat memberikan pertolongan.

10. Tidak suka jaga tepi kain orang.



KAWAN YANG TIDAK BAIK.

1. Sombong. Pantang melihat orang lain ada kelebihan.

2. Tidak mahu menerima tegoran. Berasa diri sendiri sudah sempurna.

3. Suka menceritakan keburukan orang lain.

4. Suka melihat sesuatu perkara dari sudut negatif.

5. Lambat bertindak.

6. Tidak suka menolong orang.

7. Cepat nampak keburukan orang lain.

8. Suka mencari berbagai alasan, untuk menglak dari melakukan pekerjaan.

9. Suka menjilat-jilat bos.

10. Gelak kuat.